PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan
pilihan raya kecil N.25 Dewan Undangan Negeri Kajang (DUN Kajang) pada 23 Mac
2014.
Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 11 Mac manakala pengundian awal pada 19 Mac.
Pengumuman dibuat pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof
selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya
kecil DUN Kajang di Putrajaya pada Rabu.
Kerusi DUN Kajang kosong susulan perletakan jawatan
ADUNnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh pada bulan lalu atas
alasan demi kepentingan bersama serta
mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat berkhidmat untuk rakyat Selangor.
Pada pilihan raya umum ke-13, Mei lalu, Chin Cheh menang
kerusi DUN Kajang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru
dengan Barisan Nasional, Berjasa dan tiga lagi calon bebas.
0 comments:
Post a Comment